TERMA DAN SYARAT PAKEJ
1. Adalah dengan ini pihak Rania Travels Sdn Bhd TIDAK akan bertanggungjawab di atas segala perkara berkaitan Covid19 atau kemungkinan yang akan berlaku disebabkan virus Covid19 kepada pelanggan sepanjang tempoh pelancongan (TERMASUK KOS TAMBAHAN, PENGINAPAN TAMBAHAN, KOS RAWATAN HOSPITAL DAN SEGALA PERBELANJAAN BERKAITAN COVID19).
2. Sekiranya pelanggan didapati Positive Covid19 sewaktu berada di negara Dubai dan selama masih berada di negara tersebut dalam tempoh pelancongan bersama syarikat. Segala kos yang terlibat akan di tanggung sendiri oleh pelanggan (bagi pelanggan yang tidak mengambil insurans perjalanan dan pelancongan sahaja), pelanggan boleh menguruskan sendiri (sekiranya pelanggan mengambil insurans perjalanan dan pelancongan sendiri, Kami hanya akan membantu pengurusan mengenai insurans sekiranya pelanggan mengambil insurans dari Agensi insurans di bawah Panel syarikat Rania Travels.
3. PCR TEST tidak lagi diperlukan sebelum berangkat ke Dubai PCR test di Dubai akan dilakukan oleh pegawai perubatan 2 hari sebelum penerbangan pulang ke Malaysia.
4. Para Pelanggan perlu memastikan telah lengkap 2 dose vaksin atau sebagai tambahan telah menerima dose penggalak sebelum membuat pembayaran dan pendaftaran.
5. Para pelanggan perlu memastikan dokumen (salinan passport : mukasurat depan) yang telah diserahkan kepada wakil syarikat/ pekerja yang menguruskan pelancongan pelanggan adalah yang terkini dan belum tamat tempoh 6 bulan dari tarikh berlepas, juga perlu memastikan salinan kad pengenalan dan borang pendaftaran telah lengkap dan telah diserahkan kepada Rania Travels.
6. Pelanggan perlu memastikan Tiada sekatan perjalanan terhadap diri pelanggan atau ahli keluarga dalam kumpulan yang turut serta sebelum tarikh berlepas.
7. Pelanggan boleh menghubungi pekerja yang menguruskan pakej untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej, tarikh penerbangan, waktu penerbangan dan aturcara perjalanan dari semasa ke semasa sebelum tarikh berlepas.
8. Pelanggan bersetuju sekiranya pihak syarikat Rania Travels Sdn Bhd menggunakan semula gambar dan video pelanggan yang diambil oleh Pihak Rania Travels Sdn Bhd sendiri atau pelanggan sebelum, semasa dan setelah selesai perjalanan yang dikongsikan di dalam kumpulan whatsap pelanggan atau dihantar secara personal kepada Rania Travels Sdn Bhd.
9. Segala terma dan syarat tertakluk kepada Syarikat Rania Travels Sdn Bhd. Rania Travels berhak meminda atau mengubahsuai syarat dan terma pakej tanpa persetujuan rasmi atau bertulis daripada pelanggan.
INSURAN DAN KUARANTIN
*Tiada kuarantin wajib sewaktu ketibaan. (Tertakluk kepada perubahan polisi Negara berkenaan).
*Kos kuarantin akan di tanggung oleh pelanggan sekiranya tiada insurans di ambil sewaktu penerbangan (jika berkenaan).
KETIBAAN DI MALAYSIA
1. Tiada kuarantin wajib bermula peralihan ke fasa endemik bagi kedua negara Malaysia dan Turkiye.
TERMA DAN SYARAT PEMBATALAN
1. TERMA PEMBAYARAN : PEMBAYARAN Diterima hanya dalam nilai Ringgit Malaysia (RM).
2. Deposit pembayaran RM2,000 (Tidak akan dipulangkan selepas 60 hari dari tarikh penerbangan) dan pembayaran penuh perlu diselesaikan 60 hari sebelum tarikh berlepas. 45 hari adalah tarikh akhir pembayaran penuh.
3. RANIA TRAVELS SDN BHD berhak meminda segala peraturan berkaitan. pembayaran dan pembatalan tanpa sebarang notis kepada pelanggan.
4. Pembayaran boleh dibuat kepada RANIA TRAVELS SDN BHD ( MAYBANK BERHAD : A/c No 562405623858 )
5. PEMBATALAN:
Rania Travels Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2022/2023